Become an Intern

[versi BM di bawah]

MyDance Alliance hosts interns who work to support the projects of the organisation. If you are interested in an internship with MyDance Alliance, please read the FAQs below before you get in touch with us.

Who is eligible to become an intern?

MyDance Alliance primarily accepts students from Malaysian tertiary institutions, who require an internship or industrial training to complete their diploma or degree in Dance, or a related field. Other applicants may be considered on a case-by-case basis.

We are looking for interns who:

  • are interested in dance in Malaysia.ย 
  • are hardworking, reliable, trustworthy andย 
  • are able to work independently as well as part of a team.

You don’t need to have dance skills, or be a dancer or choreographer, to be an intern. Experience with theatrical productions is beneficial, but not required.

How long are internships?

The length of internships are usually stipulated by the requirements of the diploma or degree. As orientation and introductions are time-consuming, we ask that internships should not be shorter than 6 weeks full time.

Where will I work?

MyDance Alliance does not have its own office space. Our organisation is driven by activities spearheaded by our volunteer committee; most of our committee members have other full-time jobs or may work as freelancers or from home. Interns usually follow the committee member who is organising the current project. For example, if the internship falls during June, the main MyDance activity in June is a festival, and JS Wong is the main organiser of the festival, then JS Wong will be the committee member who will take responsibility for the intern. Please contact MyDance Alliance to find out what activities will take place during your period of internship.

Some of the work can be done from home or remotely, so you don’t need to be there, but usually when there’s a physical project — such as a workshop, performance, rehearsal, forum, etc — then you will need to travel to the site. Most of the projects of MyDance Alliance take place in the Klang Valley.

How do I arrange transport?

You will need to be responsible for your own transport. Most events will take place at venues, such as major performing arts centres or university campuses, that are accessible by public transport. We do not provide any transport allowance.

What are my working hours?

Most of our interns are required by their courses to complete the equivalent of 40 hours of work per week. Due to the nature of our projects, our working hours are not standard and we appreciate interns who can be flexible. Many of our activities happen on weekends, so you may often be required to work on weekends, and occasionally rehearsals can run late at night. You will not be required to work more than 40 hours per week. Days off will be given in lieu. For example, if you work on Saturday and Sunday, you may have off days on Monday and Tuesday. Usually with our activities, there is a lot of intense work on the day of the event, but there may not be much work on other days.

Do I get an allowance?

Some of our interns receive at RM500 lump sum honorarium at the conclusion of their internship, as token appreciation for the work they have done. However, such honoraria depend on our finances, and are not guaranteed. Please ask if you require an honorarium. MyDance does not provide any other allowances for transport, meals or housing. Small payments made in the course of daily work (for example, parking, buying stage materials, or paying for licenses) may be reimbursable, but make sure you check with your supervisor beforehand.

What kind of work will I do?

The nature of work during your internship varies depending on what activities we are carrying out. During performances, interns often help as backstage crew, front of house crew, ushers, and production assistants. Tasks range from sweeping the stage to organising tickets, capturing video of performances, coordinating meals for cast and crew, and providing support and orientation for participating artists. Interns with experience may help as stage managers, lighting technicians and sound technicians.

Other common tasks for interns involve teaching dance classes for teenagers from the refugee community, scanning and data entry from dance program books into the online archive, sharing local dance news on MyDance’s social media channels, editing performance videos. You will receive on-the-job training in order to complete all these tasks.

In addition to these jobs, you will have a personal project during your internship. This should be a project that you imagine, design and carry out by yourself, which supports the organisation’s mission. For example, it could be a series of TikTok dance instructional videos, writing an article about a dance production, or compiling a database of information about Malaysian dance artists to share online. Your internship supervisor will consult with you on your personal project, to suggest approaches or resources, but you are responsible for the successful completion of your project.

If you are a dancer, please note that opportunities to dance or to choreograph are not guaranteed in this internship. MyDance Alliance is an organisation which supports dance practitioners; this often means carrying out tasks other than dance itself. However, this internship model ensures that you will get experience working in many different arts venues across the Klang Valley, doing many different kinds of activities, and will have the opportunity to meet many different local dance artists.

I’ve read the FAQs and I want to become a MyDance intern. What should I do?

Please email contact@mydancealliance.org with your request to become an intern. You should attach your CV/biodata, as well as information about why you want to carry out an internship with MyDance, the proposed time period for your internship, and any other questions or concerns you might have. Please also provide information about what work MyDance needs to do for your internship — for example, fill out a confirmation form at the beginning of the internship, be present for a mid-internship meeting with faculty, sign daily log books of activities, and complete a final assessment form.

Your request should be sent to us at least 3 weeks before the start of your internship.

ย 


Latihan Industri Bersama MyDance Alliance

MyDance Alliance memberi peluang kepada sesiapa yang gemar menyokong halatuju organisasi kami untuk menyumbang kepada seni tari di Malaysia. Jika anda berminat untuk menjalani latihan amali bersama MyDance Alliance, sila baca Soalan Lazim di bawah sebelum anda menghubungi kami.

Siapa yang layak menjadi pelatih?

Biasanya, MyDance Alliance menerima pelajar dari institusi pengajian tinggi Malaysia yang memerlukan latihan amali atau latihan industri untuk melengkapkan diploma atau ijazah dalam Tarian, atau bidang-bidang yang berkaitan. Pemohon-pemohon lain boleh dipertimbangkan berdasarkan kes.

Kami menerima intern yang:

  • berminat dengan seni tarian di Malaysia;
  • boleh bekerja rajin, boleh diharap, dan boleh dipercayai;
  • boleh bekerja secara berdikari serta sebagai sebahagian daripada pasukan.

Anda tidak perlu mempunyai kemahiran menari, atau merupakan seorang penari atau koreografer, untuk menjadi seorang pelatih. Pengalaman dengan produksi teater bermanfaat, tetapi tidak diperlukan.

Berapa lama masa latihan?

Tempoh latihan industri biasanya ditetapkan oleh keperluan diploma atau ijazah. Memandangkan masa yang digunakan untuk memberi orientasi dan pengenalan, kami menerima permohonan untuk latihan amali yang berlangsung tidak kurang daripada 6 minggu sepenuh masa.

Mana tempat kerja?

MyDance Alliance tidak mempunyai ruang pejabat sendiri. Organisasi kami didorong oleh aktiviti yang diterajui oleh jawatankuasa sukarelawan kami; kebanyakan ahli jawatankuasa kami mempunyai pekerjaan sepenuh masa lain atau bekerja sebagai freelancer atau dari rumah. Para pelatih biasanya mengikuti ahli jawatankuasa yang menganjurkan projek semasa. Sebagai contoh, jika amali jatuh pada bulan Jun, dan aktiviti utama MyDance pada bulan Jun merupakan sebuah festival, dan JS Wong adalah penganjur utama festival tersebut, maka JS Wong akan menjadi penyelia pelatih tersebut. Sila hubungi MyDance Alliance untuk mengetahui aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tempoh latihan anda.

Sesetengah kerja boleh dilakukan dari rumah, tetapi biasanya apabila terdapat projek fizikal — seperti bengkel, persembahan, latihan, forum, dll — anda diminta hadir di tempat aktiviti tersebut. Kebanyakan projek MyDance Alliance berlangsung di kawasan Lembah Klang.

Adakah pengangkutan dibekalkan?

Anda bertanggungjawab untuk pengangkutan anda sendiri. Kebanyakan acara MyDance akan berlangsung di tempat yang mudah diakses dengan pengangkutan awam, seperti pusat seni persembahan utama atau kampus universiti. Kami tidak menyediakan elaun pengangkutan.

Apakah waktu kerja saya?

Kebanyakan pelatih dikehendaki oleh kursus mereka untuk melengkapkan 40 jam kerja seminggu. Disebabkan sifat projek kami, waktu kerja kami tidak standard dan kami menghargai pelatih yang boleh bekerja dengan fleksibel. Banyak aktiviti MyDance berlaku pada hujung minggu, dan kadangkala latihan atau persembahan boleh berlangsung sehingga larut malam. Anda tidak akan diminta bekerja lebih daripada 40 jam seminggu. Hari cuti akan diberikan sebagai ganti. Contohnya, jika anda bekerja pada hari Sabtu dan Ahad, anda boleh dapatkan cuti pada hari Isnin dan Selasa. Biasanya aktiviti kami memang padat pada hari acara tersebut, tetapi mungkin tidak dapat banyak kerja pada hari-hari lain.

Jika anda mempunyai komitmen lain yang berterusan sepanjang tempoh latihan industri anda, sila maklum kepada penyelia latihan industri anda, sebelum latihan industri bermula.

Adakah saya akan mendapat elaun?

Sagu hati yang kecil mungkin diberi kepada pelatih-pelatih yang berjaya lengkapkan latihan industri mereka, tetapi sagu hati tersebut bergantung kepada kewangan kita, dan tidak dijamin. MyDance tidak menyediakan sebarang elaun lain untuk pengangkutan, makan atau perumahan. Bayaran kecil yang dibuat semasa kerja harian (contohnya, bayaran tempat letak kereta, membeli bahan untuk persembahan pentas atau membayar lesen) mungkin boleh dibayar balik, tetapi pastikan dengan penyelia anda terlebih dahulu.

Apakah jenis kerja yang akan saya lakukan?

Sifat kerja semasa latihan industri akan berbeza mengikut aktiviti yang dijalankan. Semasa projek persembahan, pelatih biasanya membantu sebagai kru belakang pentas, kru depan rumah, usher dan pembantu produksi. Tugas-tugas mungkin terdiri daripada menyapu pentas, menganjurkan tiket, merakam video persembahan, menyelaras makanan untuk pelakon dan kru, dan memberi orientasi kepada artis-artis yang mengambil bahagian. Pelatih yang berpengalaman boleh membantu sebagai pengurus pentas, juruteknik lampu atau juruteknik bunyi.

Tugas biasa yang lain bagi latihan industri lazimnya melibatkan mengajar kelas tarian kepada kaum remaja dari komuniti pelarian (refugees), mengimbas dan memasukkan data daripada buku program tarian ke dalam arkib dalam talian, berkongsi berita tarian tempatan di saluran media sosial MyDance, dan menyunting video persembahan. Anda akan menerima latihan semasa bekerja untuk melengkapkan segala tugasan-tugasan ini.

Sebagai tambahan, anda harus menjalankan sebuah projek peribadi semasa latihan anda. Ini merupakan sebuah projek yang dibayangkan, direka and dilaksanakan oleh anda sendiri, yang menyokong misi-misi organisasi MyDance. Contohnya, membuat siri video pengajaran tarian di atas TikTok, menulis sebuah rencana tentang sebuah produksi tarian, atau mencari maklumat-maklumat tentang artis tarian Malaysia untuk dikongsi melalui laman web MyDance. Penyelia latihan anda akan berunding dengan anda mengenai projek peribadi tersebut, untuk mencadangkan pendekatan-pendekatan atau sumber-sumber yang sesuai, tetapi anda bertanggungjawab untuk kejayaan projek anda.

Jika anda merupakan seorang penari, sila ambil perhatian bahawa peluang untuk menari atau membuat koreografi tidak dijamin dalam latihan industri ini. MyDance Alliance merupakan sebuah organisasi yang menyokong karyawan tari tempatan; ini sering bermakna menjalankan tugas-tugas selain daripada tari itu sendiri. Walau bagaimanapun, model latihan amali ini memberi peluang untuk mendapatkan pengalaman bekerja di banyak tapak seni yang berbeza di Lembah Klang, menjalankan pelbagai jenis aktiviti, dan bertemu dengan ramai artis tarian tempatan yang berbeza.

Saya telah membaca Soalan Lazim dan saya ingin menjadi seorang pelatih MyDance. Apa patut saya buat?

Sila e-mel contact@mydancealliance.org dengan permintaan anda untuk menjadi seorang pelatih. Anda harus melampirkan CV/biodata anda, serta sebab-sebab anda ingin menjalankan latihan dengan MyDance, tempoh masa yang dicadangkan untuk latihan anda, dan sebarang soalan lain yang anda mungkin ada. Sila berikan juga maklumat tentang sebarang tanggungjawab yang perlu ditanggung oleh MyDance sempena latihan amali anda — contohnya, isi borang pengesahan pada permulaan latihan, hadir untuk mesyuarat pertengahan latihan dengan fakulti, menandatangani buku log aktiviti harian atau melengkapkan borang penilaian akhir.

Permintaan itu harus diterima sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum tarikh permulaan latihan industri anda.