Dance Box Series: Wu Shuo Ba Dao (515 Workshop)

8.30pm, 25 February
The Actors Studio, Plaza Putra, Dataran Merdeka

Featuring 8 segments of work —ย Gossip, Mosquito, Face, Hunting, Night Trip, Angel In The Devil’s Castle dan None of My Business — performed by the group called 515 Workshop: Kiea Kuan Nam, Jack Kek, Brandon Wong, Brian Chua dan Teo Lay Peng.
Archived article from Utusan Malaysia Online, 16 February 2001:

515 Workshop memilih kontemporari

Minat yang mendalam terhadap seni tari antara faktor yang mendorong lima penari muda dari tiga kumpulan tarian bergabung dalam satu persembahan.

Kumpulan yang dikenali sebagai 515 Workshop itu dianggotai oleh empat lelaki dan seorang wanita yang mahir dalam pelbagai rentak tarian terutamanya kotemporari. Mereka ialah Kiea Kuan Nam, Jack Kek, Brandon Wong, Brian Chua dan Teo Lay Peng.

Kelima-lima mereka akan mengadakan persembahan Wu Shuo Ba Dao yang menampilkan beberapa tarian masa kini.

Menerusi persembahan Wu Shuo Ba Dao, 515 Workshop menekankan kepada teknik menari yang ditonjolkan dalam pelbagai gaya.

Wu Shuo Ba Dao yang merupakan sebahagian daripada siri tarian anjuran Dance Box akan dipersembahkan di The Actors Studio pada 25 Februari pukul 8.30 malam.

Jack yang merupakan pereka tari utama kumpulan itu berkata, matlamat utama adalah untuk menyemai penghayatan dan menghargai seni tari di kalangan penonton.

“Persembahan tarian masih merupakan agenda baru dalam masyarakat tempatan. Ini kerana mereka lebih gemar menonton persembahan berbentuk konsert berbanding tarian,” ujar Jack.

Kerana itu hasrat mereka ialah untuk mengubah pandangan itu dan mengharapkan projek pertama ini mencapai kejayaan.

Dalam persembahan selama satu jam itu, mereka akan menampilkan lapan bentuk tarian yang disesuaikan dengan cerita tersendiri.

Untuk persembahan yang lebih menekan kepada gerak tari dan liuk lentok badan itu, 515 Workshop akan membahagikan kepada lapan segmen.

Setiap satu mempunyai cerita tersendiri yang digambarkan oleh gerak tari. Antara adegan yang akan dipersembahkan nanti ialah Gossip, Mosquito, Face, Hunting, Night Trip, Angel In The Devil’s Castle dan None of My Business.

Ada antara adegan akan dipersembahkan secara solo dan berkumpulan. Kebanyakan tarian yang ditarikan menggambarkan peristiwa yang berlaku dalam masyarakat.

“Kami harap penonton yang datang bukan sekadar melihat gaya tarian sahaja. Kami mahu penonton memahami mesej yang disampaikan. Apa yang kami persembahkan adalah ekspresi daripada hati kami,” kata Brandon yang menganggotai kumpulan Batu Dance Group.

Tiket-tiket berharga RM20 (dewasa) dan RM10 (pelajar) boleh didapati di The Actors Studio Theatre, Lot 19, Plaza Putra, Dataran Merdeka atau telefon 03-26945400/26925927 atau di River Grass Dance Theatre, 12, Jalan 20/16A, Petaling Jaya atau telefon 03-78778706.

ยฉ Utusan Melayu (M) Bhd